Mitsubishi telah mengambil keputusan untuk menamatkan pengeluaran Lancer Evolution pada akhir 2015 setelah mengeluarkan edisi terakhir Evo X. Walaupun Evo mungkin akan kembali, namun ianya tidak akan sama. Ini kerana Mitsubishi akan beralih kepada SUV pula seperti jenama Eclipse yang kini mengeluarkan crossover.

Bagaimana sekiranya Evo XI dikeluarkan semula sebagai kereta sedan seperti yang dingini enthusiasts? Dytko Sport, firma dari Poland yang berpengalaman membina dan membekal komponen kereta rali Evo itu akan membina pengganti Evo X berdasarkan sedan itu. Projek ini akan dilakukan dengan usaha sama Proto Cars, syarikat dari United Kingdom.

Tiada maklumat lengkap pada masa sekarang, namun Dytko Sport telah berjanji untuk menunjukkan sepenuhnya berkenaan kenderaan tersebut pada minggu hadapan. Ia menampilkan hud custom, bampar unik, scoop bumbung, panel badan lebar, spoiler besar dan diffuser. Bahagian depan tampak lebih kemas, dan belakang sedikit seperti Jaguar XE.

Baca:   Mitsubishi Evo VI ini cari pemilik baharu

 

Tiada foto dalaman buat masa ini, tapi kami percaya ia akan mendapat roll cage dan kerusi bucket lumba yang bertemakan rali. Tiada juga maklumat prestasi. Tapi, enjin 2.0-liter turbo asal mampu mengeluarkan sekurang-kurangnya 276 hp.

Apa kata anda?

avatar