Geely lancar SUV coupe, mirip X4

0
Generated by pixel @ 2019-01-03T23:21:19.033064

China sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang berteknologi untuk mencipta produk klon termasuk kenderaan. Beberapa buah syarikat tempatan telah cuba untuk mengklon kereta-kereta mewah seperti Bugatti dan Range Rover. Kini, mereka mencuba untuk mengklon BMW X4.

Geely ternyata bersungguh-sungguh dalam usahanya, sehingga mereka memanggil pereka luar negara untuk membantu mereka dalam projek tersebut. Hasilnya, Geely berjaya mengeluarkan sebuah model yang sangat menarik perhatian.  Model yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah sebuah SUV yang digabungkan dengan rupa hatchback coupe iaitu seperti BMW X4 dan Mercedes GLC Coupe.

SUV Coupe ini akan menjadi model pertama Geely yang menggunakan pelantar CMA (Compact Modular Architecture) iaitu sebuah hasil usahasama Geely dan Volvo. Ia telahpun digunakan oleh model Volvo XC40.

Dikhabarkan rangkaian kuasa plug-in hybrid akan ditawarkan, sama seperti pada Borui GE. Ini merangkumi enjin 1.5-liter turbo tiga silinder, sebuah motor elektrik, dan bateri ternary-lithium yang menghasilkan 177 hp dan 255 Nm.

Baca:   Proton X70 tawar prestasi yang terbaik dan dijual bermula RM99,800

Projek ini dijalankan di sebuah studio Geely Design di Shanghai yang diketuai oleh Peter Horbury. Horbury mempenyai pengalaman yang luas kerana pernah terlibat dalam pembuatan kereta Volvo, Ford dan Lincoln.

Menurut kenyataan daripada Geely, reka bentuk Coupe SUV ini memiliki rupa yang sangat menarik seperti lampu belakangnya menyerupai bentuk kipas tangan China, DRL yang kelihatan seperti anak panah, dan grilnya yang agak lebar.

Namun, nama untuk model ini masih belum dipastikan lagi, kerana setakat hari ini, syarikat ini hanya mengeluarkan gambar luaran kereta ini sahaja.

Apa kata anda?

avatar