Honda S2000 AP1 Type-V: 1 daripada 305 unit ada di Malaysia!

0
 
IKLAN

Peminat sebenar kereta Honda bukan setakat teringinkan model-model tersohor seperti Civic EK series, Civic Type-R dan siri Integra sahaja. Rata-rata pasti mengetahui mengenai S2000. Ia sebuah model sports pacuan roda belakang dengan enjin longitude (susunan menegak).

Model S2000 juga bukan dikenali di kalangan peminat Honda secara khusus, tetapi juga peminat kereta sports. Casisnya yang tegar dan seimbang menjadikannya sebuah platform yang sedap untuk pemanduan kompetitif seperti track, touge, malah drift.

 
IKLAN

Sebuah jentera S2000 naik di forum Facebook baru-baru ini dan menariknya, ia adalah versi AP1 Type-V. Hanya 305 unit sahaja di dunia ini! S2000 Type-V atau nama rasminya VGS (variable gear ratio steering) ialah sebuah versi istimewa. Nisbah sterengnya boleh berubah mengikut kelajuan dan sudut pusingan.

Kami tak pasti berapa banyak kereta ini di Malaysia, tetapi unit ini telah menerima naik taraf yang agak menyeluruh. 

Baca:   Kenali African Twin CRF 1000L

Antaranya adalah:

  • Hud gentian karbon J’s Racing
  • Bampar depan J’s Racing
  • Diffuser depan karbon J’s Racing
  • Canard depan berkembar gentian karbon J’s Racing
  • Spoiler gentian karbon J’s Racing
  • Diffuser belakang gentian karbon J’s Racing
  • Penutup minyak gentian karbon J’s Racing
  • Strut bar J’s Racing
  • Komponen radiator J’s Racing
  • Ekzos titanium penuh J’s Racing
  • Header Jasma
  • Klac karbon ATS
  • Cermin sisi gentian karbon Craft Square
  • Kotak udara gentian karbon BMC
  • Tangki simpanan Spoon
  • Suspensi boleh-laras TEIN Super Street
  • Bar anti-oleng depan dan belakang Cusco
  • Rim CE28 S2000 Spec 17 7.5JJ ET50 (depan), 17 9JJ ET63 (belakang)

Beberapa komponen juga baru diganti seperti bateri Amaron, palam pencucuh, tali sawat dan peregangnya serta caliper Spoon monoblok.

Dan paling menarik dan mengecewakan, kerana jentera lagenda dan rare ini hendak dijual. Kecewa kerana kami belum cukup hantaran untuk meminangnya. Menurut pemiliknya, harga dibuka adalah RM175,000 (boleh nego) dan cash sahaja. Swap pun boleh katanya, dengan model seperti Honda Stream, Toyota Wish, Toyota Vellfire, Mercedes CLA atau BMW 3-Series F30. Badan dan cat kereta masih cantik, dan siap dapat free gift bagi pembeli cash.

Pemilik boleh dihubungi di 0127724533, lokasi Muar, Johor. Yang ada bajet tu, baik cepat. Sehingga penulisan ini, siaran ini telah dapat lebih 2,400 Like dan 380 Share.

Apa kata anda?

avatar