Porsche 718 Cayman GT4 2019 lebih lincah, pantas dan mampan

0

Porsche Cayman GT4 Clubsport telahpun diperkenal tiga tahun lepas. Ia merupakan variasi perlumbaan dan bukan untuk kegunaan jalan raya. Bagi tahun 2019 ini, Porsche telah mengemaskini dan mempertingkat jentera itu, kini dengan nama 718 Cayman GT4 Clubsport.

Untuk pertama kali, Porsche 718 Cayman hardcore ini ditawarkan dengan pilihan Trackday dan Competition. Trackday adalah bagi pemandu-pemandu serius yang melibatkan diri dalam acara track day atau aktiviti pemanduan sporti. Competition pula adalah versi perlumbaan sepenuhnya untuk pasukan pengeluar (factory team) atau persendirian.

Lebih lincah

Porsche bukan sahaja telah menambahbaik prestasi Cayman GT4 ini dengan menjadikannya lebih lincah, berkuasa dan mampu mencatat masa pusingan lebih baik, malah telah menambahbaik dari segi pembuatan. Porsche menggunakan bahan mentah yang mampan. Sebagai contoh, pintu dan spoilernya diperbuat dari campuran gentian organik. Lebih mesra alam lah kiranya.

Untuk aspek mekanikal, jentera ini dipacu oleh 3.8-liter flat-six dengan sistem penyejukan khusus. Ia mampu menghasilkan 425 hp, 40 hp lebih dari versi sebelum ini. Kotak gearnya adalah jenis dwi-klac enam kelajuan. Gandar belakangnya terdapat pembeda mekanikal dengan pengunci untuk penghantaran kuasa dan sensasi pemanduan lebih baik.

Ciri standard

Ia juga mendapat sistem brek perlumbaan berukuran 380 milimeter, sangkar keselamatan FIA, tempat duduk bucket Recaro, harness enam-bucu, aplikasi Porsche Track Precision Race App, dan sistem suspensi depan lebih ringan yang diambil dari 911 GT3 Cup.

Terdapat beberapa perbezaan antara versi Trackday dan Competition. Untuk Trackday, masih ada alat bantuan pemanduan biasa seperti ABS, ESC, traction control dan penyaman udara. Tetapi ada juga kelengkapan pintu kecil di bumbung untuk tujuan menyelamat dan alat pemadam api.

Untuk versi Competition pula, ia menggunakan komponen perlumbaan sepenuhnya. Antaranya penyerap hentak boleh-laras, tangki minyak 115-liter untuk acara perlumbaan jarak jauh dan sistem brek boleh-laras nisbah depan-ke-belakang. Ia juga dilengkapi sistem jek angin, stereng mudah-tanggal dari 911 GT3 R. Pada masa sama, sistem pemadam api automatik dan tayar slick/basah Michelin (25/64-18 depan, 27/68-18 belakang) juga standard.

Baca:   Pasukan rali Porsche baik pulih enjin dan transmisi dalam tempoh 11 minit

Apa kata anda?

avatar