Tokyo Auto Salon 2019- Van ini pasti membuatkan anda teruja dengan penampilannya

0
 
IKLAN

Pada pameran Tokyo Auto Salon yang akan datang, Mitsubishi bakal membawa tiga model istimewa untuk dipertontonkan.

Model yang akan ditayangkan adalah Delica D:5 dengan versi yang lebih ranggi, Outlander PHEV dengan versi ‘Street Sport’ dan Eclipse Cross.

Mitsubishi mendedahkan kepada umum sebulan yang lalu tentang model Delica D:5, sebuah minivan-crossover, dengan rupa yang lebih berkotak. Ia juga dilengkapi tiga barisan tempat duduk dan ruang cabin yang luas.

Jentera itu dijanaenjin diesel 2.2 liter, baik untuk mengasilkan 172 PS (170HP) dan tork 392Nm (290 lb-ft).

Pelbagai jenis aksesori Mitsubishi digunakan seperti LED light pada rel atas bumbung kereta, bar dengan tulisan Delica pada bumbung. Madgad warna merah bagi menzahirkan kekuatannya. Mungkin model ini tidak kelihatan cantik dan menawan namun cukup dengan imej yang mengembara.

Selain itu, Eclipse Street Sport dan Outlander berwajah baru turut akan dipamerkan di Tokyo.

Baca:   Mitsubishi Triton versi Facelift diilhamkan daripada Xpander

Outlander PHEV Street Sport, hadir warna titanium gray metalik dua tone dengan mica hitam, ditambah garisan grafik bersama cermin warna hitam dan diselit dengan garisan  kuning terang membuatnya kelihatan seperti Eclipse Cross.

Perbezaan ketaranya hanyalah kedudukan warna kuning pada Outlander terletak di spoiler hadapan dan rim kereta. Model ini menggunakan rim alloy HFULL Cross RV5 yang berukuran 20 inchi bersama tayar getah Yokohama.

Bagi Eclipse Cross Street Sport, warna kuning yang diselitkan untuk menambah seri terletak secara eksklusif di spoiler hadapan dan rim Homura 20 inchi dengan rekaan multi-spoke hitam.

Perbezaan lain termasuk pada sambungan bahagian tepi dan belakang, hiasan bumper depan dan belakang beserta tailgate spoiler.

Apa kata anda?

avatar