Van Toyota Hiace guna enjin VR38DETT daripada model Nissan GT-R 35R.
 
Ya, apa yang anda lihat ini sememangnya terjadi di Jepun. Laman web motor-fan.jp mempamerkan van berkenaan yang dikatakan pasti menjadi topik hangat di Tokyo Auto Salon.
 
Van yang didominasi dengan tona hitam dengan fender tambahan itu menyimpan enjin Godzilla di bawah tempat duduk penumpang hadapan.
Menurut motor-fan.jp, pemilik van itu, Encik Ou berkata: “Saya mahu membina Hiace paling kuat, sudah semestinya, sebagai spesifikasi atas jalan!”
 
VR38DETT itu mampu mengekstrak 500hp dan nampaknya sasaran akan ditingkatkan kepada 800hp.
 
Van dengan nama VITABON Hiace dan enjin GT-R itu dipamerkan di Dewan 8, Tokyo Auto Salon pada tahun lalu.
Baca:   Toyota Classics 2018 Tampil Orkestra The Age of Enlightenment, London

Apa kata anda?

avatar