Jentera binaan khas Ducati retro yang eksklusif dan harganya mungkin tidak masuk akal

35

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, begitu juga dengan yang terjadi dalam dunia permotoran hari ini apabila ramai mengeluarkan motosikal binaan khas.

Antara pengeluar yang terbaik adalah Walt Siegl Motorcycles (WSM), syarikat yang ditubuhkan oleh warga Austrian di New Hampshire. Hasil binaan sangat menakjubkan dan kemas.

Hasil rekaan terbarunya iaitu motosikal Ducati retro. Ia menggunakan enjin Bruce Meyers Performance Ducati 1098, dengan pakej elektronik WSM yang mengintegrasikan ECU Ducati yang asal, bersama pemetaan baru, quickshifter dan autoblipper, Kawalan Cengkaman serta paparan LCD.

Ia bukan gaya semata, tetapi juga senjata hebat di jalanan dan litar. Tayar menggunakan OZ Racing, brek daripada Brembo dan fork Öhlins FGR World Superbike dan monoshock TTX .

Bentuk badannya yang kelihatan cantik menggunakan komponen gentian karbon, seperti kotak udara dan tempat duduk.

Ia tampil dengan rekaan identiti tersendiri, terdapat juga beberapa jenis ekzos yang boleh digabungkan seperti WSM dan SC Project.

Jom Baca:   Mountain Bike berkuasa elektrik Ducati

Bagi memilikinya, ia dijual pada harga yang agak mahal dengan RM305,526. Sekiranya benar-benar berminat dan berkemampuan, anda pasti berasa sangat gembira dan peroleh satu kepuasan sekiranya dapat memiliki superbike yang eksklusif itu.

Komen anda mungkin membantu