7 perkara anda perlu tahu mengenai Honda Accord 2020

323

Honda Accord terkini telah dilancarkan di Thailand pada Mac lepas. Ia diberikan ciri sedia ada yang dipertingkat dan beberapa ciri baharu.

Berikut adalah 7 perkara anda perlu tahu mengenai sedan eksekutif generasi ke-10 ini:

  1. Dipasang di AS dan China

Buat masa ini, Honda Accord generasi ke-10 dipasang di dua kilang terbesar Honda iaitu di Ohio, AS dan Guangzhou, China. Accord ini masih belum dijual di pasaran Jepun sendiri.

  1. Enjin 1.5-liter VTEC Turbo

Buat pertama kali, Honda Accord menerima enjin turbo, iaitu dalam pakej 1.5-liter VTEC Turbo seperti Civic. Enjin suntikan terus ini manghasilkan 190PS dan 243Nm tork dan mempunyai prestasi lebih baik berbanding enjin 2.4-liter dan 2.0-liter sebelumnya.

  1. Varian hibrid

Di Thailand juga, Accord diberikan pilihan hibrid iaitu Sport Hybrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD). Sistem ini terdiri dari enjin Atkinson Cycle 2.0-liter DOHC i-VTEC, dua motor elektrik, bateri lithium-ion dan transmisi E-CVT.

Kesemua ini menjana 215PS kuasa keseluruhan tetapi mampu mencapai penjimatan sehingga 24.4km per liter.

  1. Honda Sensing

Seperti juga pada CR-V dan Accord sedia ada, Accord baharu mendapat sistem keselamatan aktif Honda Sensing yang terdiri dari Collision Mitigation braking System (CMBS), Adaptive Cruise Control with Low-Speed Follow (ACC with LSF), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System with Lane Departure Warning (RDM with LDW) dan Auto High-Beam (AHB).

Ciri-ciri ini menggunakan rada gelombang-milimeter dan kamera monocular yang bekerjasama mengesan dan membaca semua objek dan halangan di depan kenderaan. Ia direka untuk memberi amaran dan membantu pemandu dalam situasi pemanduan kritikal.

  1. Honda Smart Parking Assist System

Selain dari ciri bantuan seperti Cross Traffic Monitor (CTM), terdapat juga Multi-View Camera System (MVCS) yang memebolehkan imej dari semua arah dipaparkan. Honda Smart Parking Assist System pula mampu mengawal roda stereng secara automatik untuk memudahkan pemandu masuk dan keluar dari parkir.

  1. Penggayaan luaran moden

Accord akan diberikan kemasan luaran terkini ala-Civic, lengkap dengan ciri seperti lampu LED, DRL LED, dan pilihan rim 17 serta 18-inci.

  1. Kabin lebih luas

Walaupun bergaya sporti dengan bumbung belakang fastback, kabin Honda Accord baharu ini lebih luas dari Accord sedia ada. Ia juga menampilkan fungsi Head-Up Display (HUD), meter TFT, skrin 8-inci Advanced Touch dengan Apple CarPlay, arahn suara SIRI, dan Engine Remote Start.

Hingga kini, kami masih belum mempunyai maklumat mengenai pelancaran Honda Accord generasi ke-10 ini di Malaysia. Tapi kami jangkakan ia akan tiba ke sini kira-kira pada suku keempat 2019.

Ini kerana selepas pelancarannya di Thailand (pasaran induk untuk rantau ini) pada Mac lepas, biasanya ia akan mengambil tempoh tiga hingga enam bulan sebelum sampai ke pasaran lebih kecil seperti Malaysia.

Komen anda mungkin membantu