Inilah wajah sebenar Honda RS150 R V2, adakah geng Ysuku tergugat?

3553

Honda Vietnam bakal memperkenalkan generasi baharu jentera mopednya menerusi Honda Winner 150 atau di Malaysia ia lebih dikenali sebagai RS150 R.

Berdasarkan gambar yang tular semalam, model itu dikenali Honda Winner 150 X dengan menampilkan dengan ciri baharu sekali gus tampak berbeza berbanding model sebelumnya.

Honda Winner 150 X generasi kedua (V2) itu tidak lagi mempunyai lampu utama di kepala, tetapi ia diletak pada badan hadapan bahagian bawah.

Kebiasaan, rekaan lampu seperti itu boleh dilihat pada motosikal skuter yang ada dijual di negara ini. 

Pada bahagian lampu utama juga, kelihatan seperti dilengkapi dengan lampu siang (DRL).

Meter kelajuannya juga didatangkan dengan ciri digital termasuk RPM, selain dilengkapi posisi gear.

Namun, perumah lampu belakangnya pula mungkin ada rakan-rakan kita yang tidak menyukainya kerana lampu isyarat sudah di reka semula sepenuhnya. Ini kerana lampu isyarat dan lampu brek sudah direka secara berasingan.

Kalau macam ini reka bentuk baharu, memang boleh dikatakan ia sangat cantik dan bergaya. Bagi pasaran Malaysia, kami masih tidak tahu bila ia akan dilancarkan.

Komen anda mungkin membantu