Shell Advance AX7 kini diberikan dua lagi gred tambahan, RM40 sebotol

76

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd hari ini melancarkan dua lagi gred tambahan Shell Advance AX7 semi-sintetik untuk enjin motosikal.

Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 baharu itu dijual pada harga RM33.90 sebotol (1 liter) dan menjadi tambahan kepada Shell Advance AX7 10W-40 sedia ada.

Kesemua tiga gred ini menampilkan Active Cleansing Technology yang bertindak memberikan enjin lebih bersih, lebih perlindungan pada suhu tinggi, lebih kilometer untuk setiap liter petrol, lebih perlindungan penggunaan jangka masa panjang dan tiada kehilangan kuasa walaupun setelah 12,000km perjalanan.

AX7 15W-50 yang lebih likat direka untuk memberikan kuasa lancar dan perlindungan lebih. AX7 10W-30 yang lebih nipis pula adalah untuk memberi penjimatan untuk setiap liter petrol.

Minyak enjin sedia ada Advance AX7 10W-40 diformulasikan agar seimbang dari semua aspek dan sesuai untuk keadaan trafik stop-and-go.

Kesemua rangkaian Shell Advance ini juga menerima label “Made for Malaysia” dimana ia boleh dikupas untuk melihat kod QR khas. Dengan kod ini, anda boleh membuat pemeriksaan ketulenan dengan mudah. 

Komen anda mungkin membantu