SAMA – DIIKTIRAF KERAJAAN NEGERI SARAWAK

245

Di zaman remaja, saya tidak dibenarkan menunggang motosikal kerana dianggap berbahaya dan keluarga saya tidak mahu saya terlibat dalam sebarang insiden yang tidak diingini.

Namun begitu penunggang motosikal harus mengekalkan dan mengamalkan keselamatan di jalan raya.Itu lah nasihat dari TYT Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Beliau telah melancarkan Persatuan Sarawak Motorcycle Association ringkasnya SAMA.Majlis yang diadakan sempena sambutan Gawai Raya telah berlangsung di DUN Lama,Kuching.

Program yang menyaksikan perhimpunan belia merupakan perubahan besar bagi negeri ini.Kehadiran 5,000 pemilik motosikal pelbagai jenis ke majlis tersebut menunjukkan penyatuan di kalangan bikers memberikan impak yang positif.

Aktiviti beriadah dengan motosikal adalah satu fenomena terkini,apatah lagi bumi Sarawak. Pemandangan,budaya dan sejarah negeri Sarawak adalah agenda yang perlu di viralkan oleh pemilik motosikal kepada rakan-rakan permotoran dari luar negeri Sarawak.

Majlis yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran Sarawak Motorcycle Association ringkasnya SAMA.Persatuan yang baru berusia sebulan, di bawah kepimpinan Datin Sri Hajjah Elly Zalilah telah berjaya mencapai objektif.

SAMA yang mendapat pengktirafan dari kerajaan Negeri Sarawak merupakan platform bagi penyatuan kelab-kelab motosikal di seluruh Sarawak.

Belia adalah golongan yang paling ramai meminati hobi motosikal.Justru itu diharapkan SAMA dapat membantu pihak kerajaan dalam mendidik serta membantu mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal.

SAMA juga adalah penghubung pihak kerajaan dengan para belia serta menjadi model pembangunan belia di masa hadapan. Demikian intisari ucapan Datuk Hj Abdul Karim Rahman Hamzah,Menteri Pelancongan,Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak.

Turut hadir di majlis yang bersejarah ialah isteri TYT Negeri Sarawak YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib,Datin Sri Hajjah Elly Zalilah  Presiden SAMA,En Azri Nor Abdul Rahman Pengerusi Program.

Majlis Sambutan Gawai Raya menyaksikan kehadiran pemlik motosikal dari seluruh Sarawak serta jemputan dari Brunei, Sabah dan Semenanjung termasuk Ladys Bikers.

Seramai 20 orang anak yatim dari daerah Asajaya turut diraikan dan menerima “duit raya” dari TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan isterinya  Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

 

 

 

Komen anda mungkin membantu