Ekzos bunyi padu, tapi kereta tak pergi. Ini sebabnya…

293

Dalam memilih sistem ekzos “Ekzos bunyi padu” atau prestasi kenderaan, anda perlu memberi perhatian kepada pelbagai faktor. Memandangkan banyak jenama dan pengeluar sistem ekzos yang dikeluarkan, tetapi ia perlu dipilih dengan sesuai untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

1 : Memilih Material Sistem Ekzos Selepas Jualan

Ekzos bunyi padu

Satu daripadanya adalah material ekzos yang digunakan kerana ia mempunyai peranan penting bagi memastikan komponen boleh bertahan lama di bawah keadaan yang melampau.

Pemilihan material pun juga bergantung pada bahagian sistem itu sendiri. Sebagai gambaran, peredam dengan header memiliki fungsi dan bekerja di bawah tekanan berbeza. Tentunya material yang digunakan juga berbeza.

2 : Diameter paip ekzos, bukannya ukuran prestasi kenderaan

Ekzos bunyi padu

Menggantikan atau memperbaiki sistem ekzos kereta kerap menjadi pilihan peminat ubah suai kenderaan. Bukan hanya mencari bunyi yang lebih baik, penggantian ekzos boleh mempengaruhi prestasi.

Malangnya ada andaian bahawa semakin besar saluran itu akan memberi prestasi yang lebih. Walaupun ini tidak benar sepenuhnya.

Ini kerana diameter saluran ekzos harus disesuaikan dengan kemampuan enjin kereta yang dibawa.

Sebagai contoh, enjin berseseran 1,000 hingga 1,500 cc masih boleh menggunakan saluran ekzos dengan diameter 2 inci, jika 1,500 hingga 2,000 cc boleh menggunakan 2.5 inci.

Dengan cara itu, tenaga yang dihasilkan stabil atau lebih baik daripada sebelumnya. Jika menggunakan saluran atau paip dengan saiz lebih besar daripada kapasiti enjin, ia sebenarnya akan melemahkan pecah kuasa.

Komen anda mungkin membantu