BMW Malaysia pelawa anda untuk Choose Your World bersama barisan BMW X

93

BMW Malaysia ingin mengajak anda untuk mengalami sendiri keterujaan yang ditawarkan oleh barisan SAV (Sports Activity Vehicle) mereka dalam acara Choose Your World.

Acara ini membolehkan anda memandu uji barisan BMW X seperti X1 dan X3. Tiga model yang baru dilancarkan bulan lepas iaitu BMW X2 M35i baharu, X4 baharu dan X5 baharu turut tersedia sepanjang acara tiga hari itu.

Pastikan anda menyertai permainan kecergasan yang dirumus khas untuk membawakan identiti sports yang dibawakan oleh barisan BMW X ini. Permainan tersebut merangkumi Latihan Interval Berintensiti Tinggi (HIIT), Ruang Kecergasan serta beberapa aktiviti lain.

Terdapat juga kedai “pup-up” yang menyediakan barangan eksklusif BMW Lifestyle Merchandise dan persembahan menarik yang diatur khas untuk pengunjung.

Butir-butir acara:

Tarikh:               21 – 23 Jun 2019
Waktu:               10:00 pagi hingga 7:00 malam
Lokasi:               Outdoor Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa Parkcity.

 

Komen anda mungkin membantu