Petronas ROVR boleh mengisi minyak kenderaan di premis anda

102

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memperkenalkan ROVR, perkhidmatan penghantaran minyak oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB). Perkhidmatan pertama seumpanya di negara ini membolehkan kenderaan anda diisi minyak di luar stesen.

ROVR telah memberikan khidmatnya kepada pelanggan komersil (B2B) sejak ujiannya pada Oktober 2018, dengan lebih 1 juta bahan api diisi. Lebih banyak trak ROVR disediakan untuk menemui lebih ramai pelanggan B2B seluruh negara.

Pelanggan-pelanggan B2C akan menerima penghantaran PETRONAS Primax95 dengan Pro-Drive tidak lama lagi, di kawasan-kawasan bertrafik tinggi.

ROVR memberikan penghantaran bahan api PETRONAS Dynamic Diesel berjadual kepada pelanggan komersil tanpa perlu kenderaan mereka meninggalkan premis. Ini mengurangkan kesesakan di stesen Petronas dengan kenderaan komersil besar.

“Saya berbesar hati dengan tawaran terbaharu PDB. Tidak mudah untuk trak-trak besar kami mengemudi jalanraya, dan sesetengah stesen meletakkan had bagi kenderaan komersil besar. Dengan ROVR, kami menjadualkan penghantaran bahan api dan trak ROVR dan Rangers akan hadir ke premis kami. Ini meningkatkan perancangan logistik, mengurangkan kos dan menambahbaik pengurusan masa,” kata Sua Hee Yuan, Ketua Pegawai Kewangan Landbridge Haulage (M) Sdn Bhd.

Barisan trak ROVR terdiri dari trak-trak berkapasiti 4,000- dan 11,000-liter. Trak ROVR berkapasiti 3,000-liter pula masih dalam fasa ujian.

Lawati www.rovr2u.com untuk maklumat lanjut. 

Komen anda mungkin membantu