Pelumba Petronas – John McPhee bermula petak ke-10

69

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee mengakui masih belum berpuashati meskipun bakal memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya dari barisan keempat, esok. 

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee
Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee

Beliau mencatat masa sepusingan terbaiknya 1 minit 49.454 saat pada sesi kelayakan kedua hari ini untuk menempah petak ke-10 daripada 31 pelumba dalam kelas Moto3. 

Bagi McPhee, masih ada ruang untuk penambahbaikan sebelum perlumbaan sebenar berlangsung sebanyak 21 pusingan di Sirkit Barcelona-Catalunya yang pada kali ini menyaksikan pelumba Kommerling Gresini Moto3, Gabriel Rodrigo menyambar petak utama saingan.

“Sesi kelayakan yang sukar,” kata McPhee yang meraih penamat terbaiknya di sirkit ini dengan berada di tempat keempat, musim lalu. 

“Jujurnya, sukar untuk sepanjang hari ini. Saya mempunyai kelajuan yang agak baik terutama di laluan lurus tetapi saya bergelut untuk membuat catatan masa sepusingan. Sesi kelayakan menjadi detik sukar untuk saya pada minggu ini dan ia seperti yang dijangkakan.

“Berada di petak ke-10 adalah sesuatu yang baik biarpun sedikit tersasar daripada sasaran awal. Iaitu untuk berada di barisan tiga terbaik.”

Rodrigo meraih petak utama pertamanya musim ini selepas mencatat masa sepusingan terpantas 1’48.450s. Selepas dua kali berada di barisan depan di GP Amerika Syarikat (petak ketiga) dan kedua di GP Itali. 

Sementara itu, rakan sepasukan McPhee dari Jepun, Ayumu Sasaki bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-23 selepas melakukan 1’49.782s pada sesi kelayakan pertama.

Komen anda mungkin membantu