Mitsubishi Triton Absolute sah bakal dihasilkan, pencabar Ford Ranger Raptor

87

Mitsubishi nampaknya sudah mengesahkan bahawa sebuah varian Triton lebih rugged akan dikeluarkan. Pikap yang diberi nama Triton Absolute itu bakal menjadi pencabar kepada Ford Ranger Raptor.

Menurut CarAdvice, dua versi Triton Absolute akan ditawarkan. Satu versi amat biasa, tidak jauh berbeza dari Triton 2019 dengan fender kembang, pemijak sisi dan suspensi lebih tinggi.

Satu lagi versi adalah lebih agresif, mendapat aksesori di penutup ruang kargo belakang dan rak bumbung dengan lampu seperti pada model konsep.

Perubahan lain terhad kepada penambahbaikan suspensi yang lebih tinggi dan jarak roda lebih lebar untuk mengemudi di permukaan kasar dengan lebih baik.

Sama ada ia mampu menandingi Ford Ranger Raptor atau tidak, kami tidak pasti. Juga tiada maklumat lanjut mengenai perubahan pada enjin.

Komen anda mungkin membantu