Adakah Penyatuan Itu Berfaedah?

92

Mood raya masih hangat dan sudah pasti semua bikers balik ke kampung halaman menyambutnya dengan keluarga tercinta. Adakah penyatuan itu berfaedah? Itu persoalan yang kami akan huraikan, disamping bukti bergambar yang sempat kami rakamkan.

1 Syawal telah menjelma dan Ramadhan telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan. Ada yang pahit dan juga yang manis. Sarawak Motorcycle Association atau ringkasnya SAMA tidak lari dari pelbagai kenangan sepanjang Ramadhan.

Detik bermulanya SAMA

Fakta yang jelas, walaupun SAMA berusia 1 bulan namun pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan. Seperti kata Presiden SAMA, Datin Hajah Elly Zalilah, terdapat 11 divisyen yang bernaung di bawah SAMA.Dan setiap divisyen ada wakil SAMA.

Setiap wakil divisyen adalah mewakili pelbagai kelab motosikal yang bernaung di bawah SAMA. Ini bermakna tanggungjawab SAMA merangkumi seluruh negeri Sarawak.Ianya bukanlah beban, malah satu tanggungjawab dan penyatuan merupakan titik penyelesaian.

Majlis Berbuka Puasa Di Kedey Kamek .YB Karim turut hadir

Program SAMA bermula diawal Ramadhan bersama kelab motosikal sekitar bandaraya Kuching mengadakan Majilis Berbuka Puasa SAMA dengan anak yatim di Kedey Kamek.

Majilis penyerahan barang keperluan harian di Sibu

Terdapat dua program SAMA oleh wakil divisyen di Sibu, iaitu pengagihan barang keperluan harian dan juga pengagihan makanan berbuka puasa.

Penyerahan Makanan Berbuka Puasa di Sibu

SAMA juga menjaga kebajikan setiap ahli kelab yang bernaung di bawahnya. Penyampaian sumbangan kewangan kepada ahli yang terlibat di dalam kemalangan tersenarai dalam agenda SAMA.

Bantuan kepada Nurul Umar, mangsa kemalangan

Majilis berbuka puasa

Bukan hanya di Bumi Sarawak namun anak-anak yatim dari Semenanjung mendapat simpati dari SAMA. Majilis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan duit raya telah di adakan di Pavillion, Kuala Lumpur oleh Datin Sri Presiden SAMA.

Presiden SAMA-bersama anak yatim berbuka puasa di Pavillion,K.L

Mungkin di Semenanjung pengagihan bubur lambuk selalunya di buat sekitar bazar ramadhan atau pun di masjid.Namun keunikan oleh SAMA, pengagihan di buat sewaktu kesesakan jalanraya di bawah Fly Over Satok,Kuching.

Pengagihan bubur lambuk di Fly Over,Satok oleh -SAMA

Bantuan sempena Gawai

SAMA, sinonim dengan slogannya tiada beza antara agama,budaya,bangsa dan kaum. Buktinya sumbangan bantuan sempena Gawai telah berlangsung di Kampung Git.

Bikers dan penghulu bergambar kenangan di Kg Git,penyerahan sumbangan Pra Gawai

Kepujian harus di berikan kepada bikers yang hadir, walaupun berpuasa turut meluangkan waktu ikut serta.

Sumbangan Bantuan Makanan Berbuka Puasa oleh Matthew

Tidak ketinggalan di divisyen Miri,Bintulu dan Sri Aman.Aktiviti pengagihan sumbangan makanan untuk berbuka puasa dan barang keperluan harian berlangsung dengan jayanya.

100 bikers berpeluang berbuka Puasa bersama TYT Negeri Sarawak, di Demak iaitu kediaman TYT

Kemuncak progam SAMA di bulan Ramadhan ialah berbuka Puasa bersama TYT Sarawak , Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di kediaman beliau iaitu di Demak.

Logo SAMA

SAMA wujud di bulan yang mulia,sinonim dengan slogannya.Penyatuan itu kemuliaan yang di gapai.Saat keriangan motif tercapai,detik kemuncak penyatuan terbukti berfaedah. 

Galeri:

 

 

Komen anda mungkin membantu