Sumbangan GAWAI oleh SAMA di Kuching, Sarawak

85

Adakah ibadah puasa menjadi penghalang bagi bikers menjalankan aktiviti? Apatah lagi aktiviti bersama rakan bikers yang berlainan agama. Sarawak Motorcycle Association (SAMA) telah menganjurkan program penyerahan sumbangan Gawai di Kampung Git. Terletak lebih kurang 48km dari Bandaraya Kuching, di mana penduduknya adalah dari Kaum Bidayuh.

Puasa bukan penghalang. Itu kata-kata hikmat dari Presiden SAMA bila di ajukan soalan berhubung-kait aktiviti Pra Gawai. Bertepatan dengan slogan SAMA tiada perbezaan antara kaum, agama, budaya dan bangsa.

Penyampaian sumbangan GAWAI

Seramai 150 orang bikers dari kelab di bawah gabungan SAMA hadir ke program tersebut.

Perancangan yang dirangka sebelum bulan Ramadhan dan ianya merupakan salah satu aktiviti CSR oleh SAMA semenjak penubuhannya.

Penyampaian sumbangan GAWAI oleh Presiden SAMA
Penyampaian sumbangan GAWAI oleh Presiden SAMA dan Penghulu Kg Git

Ketua Kampung Git, En Kidat AK Paon berkata kehadiran bikers dari SAMA serta sumbangan yang di sampaikan kepada lapan keluarga yang memerlukan, adalah sesuatu di luar jangkaan.

Terbukti golongan bikers ini bukan sahaja menunggang motosikal, malah prihatin dengan masyarakat sekeliling, walaupun berbeza agama, bangsa serta budaya.

Kehadiran bikers telah di sambut dengan satu persembahan tradisional dari Kelab Kesenian Kampung Git. Visi SAMA dalam menyatukan bikers seluruh Sarawak mendapat sambutan positif.

Ini terbukti di mana bikers yang hadir terdiri dari pelbagai kaum, agama dan jenis motosikal. Satu petanda yang menunjukkan SAMA ini semakin di terima oleh bikers di Sarawak. Topik perbualan antara mereka hanya menjurus kepada minat yang sama, motosikal.

Sarawak Motorcycle Association (SAMA) dalam misi melebarkan sayapnya, akan meneruskan aktiviti CSR serta apa jua aktiviti melibatkan bikers di bawah naungan SAMA khususnya.

Komen anda mungkin membantu