Saguhati dan duit raya oleh BHPetrol, JKJR, PUSPAKOM

77

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Puspakom Sdn Bhd, melancarakan “Kempen Keselamatan Hari Raya” di stesen BHPetrol KL-Karak. Bersempena semangat pulang ke kampung halaman, pelanggan yang mengisi BHPetrol Infiniti akan diberikan beg saguhati dan duit raya.

Saguhati dan duit raya oleh BHPetrol, JKJR, PUSPAKOM
Saguhati dan duit raya oleh BHPetrol, JKJR, PUSPAKOM

Saguhati dan duit raya oleh BHPetrol, JKJR, PUSPAKOM

Unit Light Mobile Puspakom juga akan berada di stesen BHPetrol KL-Karak untuk memberikan pemeriksaan percuma kepada kenderaan pelanggan. Pemeriksaan ini merangkumi pelepasan ekzos, suspensi, lampu, brek dan tahap ketelusan cermin.

“Kami sekali lagi memilih stesen servis BHPetrol KL-Karak kerana ia terletak betul-betul selepas plaza tol Gombak iaitu tempat permulaan strategik pengguna jalanraya memulakan perjalanan mereka ke Pantai Timur. Ia suatu lokasi yang baik untuk pengguna jalanraya berhenti kerana ia menawarkan segala keperluan untuk memudahkan perjalanan.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami, jadi kami berharap semua pelanggan kami mengamalkan pemanduan selamat sepanjang perjalanan mereka pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan teman tersayang,” kata Tan Kim Thiam, pengarah urusan BHPetrol.

Komen anda mungkin membantu