Pengagihan Bubur Lambuk Oleh SAMA

56

Bubur Lambuk bukannya boleh didapati setiap hari.Namun dengan kehadiran bulan Ramadhan saban hari boleh didapati baik di masjid atau di majlis Iftar Ramadhan.

Ahli-ahli SAMA membuat persiapan sebelum mengagihkan Bubur Lambuk

Istimewanya Bubur Lambuk ini diberi secara percuma kepada orang ramai. Pembahagian Bubur Lambuk tidak khusus kepada umat Islam sahaja,malah sesiapa sahaja boleh menikmatinya.

Pegawai JPJ memberi penerangan ringkas tatacara pengagihan demi kelamatan serta mengelak kesesakan lalulintas

SAMA, persatuan permotoran paling muda di bumi Sarawak tidak melepaskan peluang turut sama dalam aktiviti kemasyarakatan di bulan yang mulia ini.

Presiden SAMA,turut memasak Bubur Lambuk

Acara di mulai dengan memasak bubur lambuk sebanyak 5 periuk di sebelah pagi. Program yang melibatkan beberapa kelab motosikal yang bernaung di bawah SAMA.

Ahli kelab-kelab yang terlibat bergambar kenangan dengan Presiden SAMA dan Datin Zuraini

Antara kelab yang terlibat KLRCCS,Sarawak GS Group,Kayo Kayo Bikers,Siput Bikers,NVX Kuching dan Lagenda Bersatu Kuching.

Lokasi pengagihan Bubur Lambuk pada tahun 2019 di FlyOver Satok, Kuching. Dua agensi kerajaan yang terlibat iaitu JPJ bt 13 dan AADK cawangan Sarawak.

Presiden SAMA dan Datin Zuraini serta Pegawai JPJ turut mengagihkan Bubur Lambuk

Presiden SAMA, Datin Sri Hajah Elly Zalilah dan Datin Zuraini Jabar, isteri Yb Datuk Abd Karim turut sama turun padang mengagihkan Bubur Lambuk kepada pengguna jalanraya di lokasi Satok FlyOver.

Acara tahunan ini akan diteruskan saban tahun dan SAMA akan terus menyokong dan membantu segala usaha murni kelab di bawah naungan, demikian luahan ringkas Presiden SAMA.

Sebanyak 1,800 Bubur Lambuk telah diagihkan kepada pengguna jalanraya di FlyOver Satok.

 

Komen anda mungkin membantu