Porsche tertua berusia 80 tahun bakal dilelong pada harga 20 juta USD

59

Berapa banyak sanggup anda bayar untuk model Porsche tertua yang masih boleh dipandu hari ini? Pakar penilai automotif percaya bahawa pengumpul tegar berpoket tebal sanggup membayar sehingga $20 juta (RM83.49 juta) untuk model antik Type 64 #3.

Porsche tertua
Porsche tertua

Jika ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi pembelian Porsche paling mahal dalam sejarah, menurut Road and Track.

Porsche antik dan unik itu bakal dilelong di RM Sotheby pada Ogos nanti semasa 2019 Monterey Car Week di Monterey, California.

Porsche tertua

Direka untuk perlumbaan, kereta sport Type 64 itu sebenarnya dibina 10 tahun lebih awal sebelum Porsche 356. Ia kini dimiliki oleh peminat Porsche dan pengarang bernama Dr. Thomas Gruber di Vienna, Austria.

Porsche tertua

Pengasas dan jurutera yang juga anak kepada Ferdinand Porsche, Ferry Porsche, asalnya mendapat idea Type 64 itu pada 1939, tetapi menyiapkan rekabentuknya pada 1940.

Jom Baca:   Porsche 935 ‘Moby-Dick’ versi moden

Bentuknya yang bulat itu mengambil inspirasi Volkswagen Beetle dari era sama. Walaubagaimanapun, Type 64 sepatutnya membantu perekanya memenangi perlumbaan 1,500km dari Berlin ke Rome pada 1939.

Porsche tertua

Penjajahan Nazi di Poland pada September tahun itu menghentikan perlumbaan dari berlangsung. “Tanpa Type 64, tidak akan ada Porsche 356, Porsche 550 dan Porsche 911,” kata Marcus Görig, pakar kereta RM Sotheby.

Pada 1948, Porsche melancarkan kereta pertamanya, 356, yang juga ditayangkan bersebelahan dengan Type 64 di Austria.

Pelumba Otto Mathé merupakan pembeli pertama Type 64 pada 1949. Dia menggunakan kereta itu dengan kerap untuk berlumba pada awal 1950-an, dan terus memilikinya hingga dia meninggal dunia pada 1995. Selepas itulah kereta itu dijual pada Gruber.

Rekod terkini untuk pembelian Porsche termahal ialah Porsche 917 dari tahun 1970 yang dijual pada $14 juta (RM58.44 juta) pada 2017.

Jom Baca:   Gear manual masih popular untuk kereta, ini senarainya

Komen anda mungkin membantu