BHPetrol tawar telefon pintar, TV, Nintendo Switch dan baucar untuk peraduan “Syioknya Raya”

93

Bersempena Ramadhan dan Hari Raya akan datang, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) ingin menghargai pelanggan mereka. Bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2019, pelanggan yang membeli produk terpilih di kedai serbaneka BHPetrol layak menyertai “Syioknya Raya”.

Syioknya Raya
BHPetrol Syioknya Raya

Peraduan ini menawarkan:

Hadiah utama x2: Samsung S10

Hadiah kedua x4: TV UHD 50-inci

Hadiah ketiga x8: Nintendo Switch

Hadiah saguhati x30: baucar BHPetrol bernilai RM300

Cara menyertai cukup mudah. Hanya berbelanja di BHPetrol dari pilihan 21 jenama produk terpilih dan hantarkan gambar resit pembelian berserta nama dan nombor kad pengenalan ke 018-2989 600 melalui aplikasi WhatsApp. Pemenang hadiah bulanan akan diumumkan di penghujung peraduan.

Promosi ini terbuka kepada 280 stesen BHPetrol yang mengambil bahagian dan terbuka kepada peserta berumur 18 tahun dank e atas. Untuk maklumat lanjut, layari www.bhpetrol.com.my.

Komen anda mungkin membantu