Kita Rami , Kita Kuat – SAMA

122

Jangan terkejut dengan tajuk,bukan tersilap tulis dan bukan salah ejaan.Kita Rami, Kita Kuat. Slogan yang di viralkan oleh kelab motosikal bernaung di bawah SAMA.

SAMA… Apa maksudnya?

SARAWAK MOTORCYCLE ASSOCIATION. Itu maksud SAMA. “Tsunami” terkini di Bumi Kenyalang yang membawa satu petanda positif buat kelab motosikal dan ahlinya.

Bila diimbas kembali bukannya satu isu yang mudah.Menyatukan 97 kelab motosikal dengan pelbagai fahaman agama,adat dan bangsa serta bermacam jenis motosikal.Sudah pasti memakan masa yang agak lama bagi merelisasikan impian tersebut. 

Jangan terkejut, ketokohan dan pengaruh seorang Wanita akhirnya memberi nafas baru kepada pemilik dua roda di negeri Sarawak. Perancangan dalam masa yang singkat telah membuahkan hasil yang tidak terduga.

Presiden Kelab motosikal seluruh Sarawak yang hadir di perjumpaan

Satu perjumpaan dengan semua presiden kelab motosikal di seluruh negeri Sarawak telah diadakan pada penghujung April.Perjumpaan dengan satu tujuan iaitu penyatuan dan memajukan lagi dunia permotoran di Bumi Kenyalang.

SAMA, platform yang neutral,tiada persaingan,tiada perbezaan kaum,bangsa,dan agama serta tiada agenda politik. Kelonggaran diberikan kepada kelab yang bernaung di bawah SAMA, iaitu bebas menjalankan aktiviti kelab dan tidak terikat dengan SAMA.

Antara kelebihan bernaung di bawah SAMA ialah mendapat suntikan “Dana” seandainya kelab ingin menganjurkan sebarang aktiviti.

Wakil kelab berkongsi idea semasa perjumpaan

Perlindungan insuran,nasihat bantuan perundangan, itu merupakan perancangan masa depan SAMA bagi kelab dan ahli yang bernaung di bawahnya.

Tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada kelab dan ahli yang bernaung di bawah SAMA. Di yakini dengan wujudnya SAMA, sebarang aktiviti permotoran di Sarawak akan tersebar kepada rakan permotoran di Semenanjung serta luar negara.

Kerana sebelum ini kurangnya info tentang dunia permotoran di Sarawak.Terpampang di media cetak dan media sosial hanyalah kisah Bike Week dan aktiviti kelab yang agak terhad.

Penyatuan terancang di wakili pelbagai bangsa, mewujudkan sifat toleransi dengan minat yang sama. “Kita Rami,Kita Kuat”, merupakan slogan yang tepat bagi SAMA.

Datain Sri Hajah Elly Zalilah, Presiden SAMA

Tahniah buat Datin Sri Hajah Elly Zalilah Hj Md Yusof, yang dilantik sebagai Presiden SAMA serta pencetus idea bagi penyatuan kelab-kelab motosikal di Sarawak.

 

 

Komen anda mungkin membantu