Mark Zuckerberg – CEO Facebook yang tidak memiliki sebarang kereta mewah

161

Mark Zuckerberg baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-35 dua hari lepas. Pengasas dan CEO platform media sosial terbesar di dunia, Facebook, Zuckerberg merupakan antara manusia terkaya di dunia dengan aset bernilai lebih $70 (RM292) bilion.

Kereta Mark Zuckerberg - Honda Fit
Kereta Mark Zuckerberg – Honda Fit

Dengan kekayaan di tahap itu, Zuckerberg boleh membeli apa sahaja di dunia ini yang dia mahukan. Jika dilihat orang kaya lain, mereka biasanya memiliki kereta rare, eksotik dan ultra-mewah. Zuckerberg walaubagaimanapun berlainan dari mereka ini bukan sehaja kerana masih muda.

Mark Zuckerberg tidak memilik sebarang kereta mahal, tetapi hanya memandu Honda Fit (Jazz) biasa untuk pemanduan hariannya (ibarat Perodua Myvi atau Axia di sini). Selain dari Jazz, Zuckerberg juga memiliki Volkswagen Golf GTi dan Acura TSX.

Ini memberikan nilai keseluruhan kereta-kereta milik Zuckerberg tidak lebih dari $30,000 (RM125,200) sahaja. Ya, mungkin model seperti Jazz dan Golf GTi itu dikira sedikit mewah di sini, tapi percayalah bagi pasaran Amerika Syarikat, model-model ini adalah kereta harian rakyat marhaen sahaja.

Jom Baca:   Tesla Roadster ialah kereta elektrik dengan prestasi mengalahkan Bugatti Veyron

Dan taukeh Facebook ini boleh saja beli model Bugatti paling laju atau Ferrari terkini, tapi dia tetap memilih untuk membeli kereta biasa. Rasanya Honda Jazz itu dia buat pinjaman berapa tahun?

Komen anda mungkin membantu