Elakkan Monyet – Adam Norrodin Kemalangan

90

Malang tidak berbau.Itu nasib yang menimpa pelumba negara di Kejuaraan Moto2 Eropah, Adam Norrodin. Beliau telah terlibat dalam kemalangan semasa menuju  ke Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC) dari Johor Bahru.

Adam Norrodin pelumba Negara di Kejuaraan Moto2 Eropah

Menurut laporan yang di terima tiada kecederaan serius yang dialaminya.

Insiden tersebut mendapat perhatian dari pengurus pasukan SIC Junior ZK Racing, Zufahmi Khairuddin.Beliau telah memberi cuti rehat kepada Adam dan selepas itu kembali fokus kepada latihan seperti biasa.

“keadaan Adam tidak serius, cuma badan sakit dan kepala pening kemungkinan punca hentakan daripada beg udara kereta,” kata Zulfahmi.

Insiden berlaku semasa Adam sedang menuju ke Sepang untuk menjalani latihan.Dia bertolak dari Johor ke Sepang dan apa yang saya dengar, dia cuba mengelak monyet di lebuhraya sebelum melanggar lori, Zulfahmi menceritakan punca Adam kemalangan.

Ketika ini, Adam sudah mengumpul 15 mata keseluruhan untuk berada di tangga ke 11, iaitu 46 mata di belakang edgar Pons,pendahulu dari Sepanyol.

Sumber BH ONLINE

Komen anda mungkin membantu