Proton Saga facelift sudah mula diuji, apa yang baharu?

560

Dengan pengenalan Proton Iriz dan Persona facelift versi 2019, tidak sukar untuk menjangka bahawa sedan segmen-A syarikat itu, Saga akan menerima perkara sama.

Proton Saga facelift
Proton Saga facelift

Dan ya, ini dia unit prototaip telah kelihatan sedang diuji. Berikut adalah senarai pembaharuan yang akan diberi pada Saga 2019 menurut rakan media kami, Funtasticko.net:

  • Bampar depan dan belakang serba baharu yang menampilkan elemen rekaan busur (Ethereal Bow) dan motif anyaman infiniti (Infinite Weave).
  • Tiada lagi rim kompang (besi). Semua varian akan dibekalkan dengan rim aloi.
  • Varian Standard akan turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Varian Premium akan dilengkapi dengan ciri Traction Control.
  • Varian Premium dan Executive akan dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).
  • Transmisi automatik serba baharu dari Hyundai Powertech.
  • Rim aloi reka bentuk baharu.
  • Unit infotainmen dengan skrin sentuh seakan terapung pada konsol tengah papan pemuka (tidak pasti sama ada ia dilengkapi dengan fungsi Arahan Suara atau tidak).
  • Antena jenis ‘sengat lebah’ (bee sting).
  • Tolok meter serba baharu dengan paparan multinfo di tengah-tengah.
  • Kemasan sarung tempat duduk baharu (masih belum disahkan).

Proton Saga facelift

Buat masa ini, itu sahaja info yang diperolehi dan kami akan berkongsi perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Seperti anda, kami juga teruja menanti bagaimanakan rupa Saga facelift nanti.

Komen anda mungkin membantu