Bekas CEO Perodua, Aminar tercalon sebagai pengarah MBM Recourses

49

Bekas CEO dan presiden Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Aminar Rashid Salleh telah tercalon sebagai pengarah di MBM Resources Sdn Bhd oleh pemegang saham terbesar pengeluar komponen automotif itu, Med-Bumikar Mara Sdn Bhd.

Bekas CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh
Bekas CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Imej: The Edge

MBM berkata di Bursa Malaysia semalam bahawa Med-Bumikar Mara telah memberi notis pelantikan Aminar sebagai pengarah bukan-eksekutif bebas MBM semasa mesyuarat agung tahunan MBM pada 29 Mei nanti.

Selain Aminar, Med-Bumikar Mara juga mencadangkan pelantikan Wong Fay Lee sebagai pengarah bukan-eksekutif bukan-bebas MBM.

MBM berkata: “Ahli-ahli lembaga pengarah (MBM) akan mengambil tindakan sepatutnya dan akan membuat pengumuman berkenaan hal ini.”

Menurut laporan tahunan terkini MBM, Med-Bumikar Mara memiliki 49.5% saham di MBM setakat 29 Mac 2019.

Laman web Perodua pula menunjukkan MBM memiliki 20% saham dalam Perodua. Menurut notis Med-Bumikar Mara, Aminar merupakan presiden dan CEO pada 2013 hingga 2018.

Jom Baca:   10 ciri unik pada Perodua Bezza Limited Edition

Komen anda mungkin membantu