Warna baharu yang meriah diperkenal untuk Honda Jazz, City dan CR-V

117

Honda Malaysia mengumumkan bahawa model Jazz, City dan CR-V kini boleh dipilih dengan warna baru yang meriah dan menarik, iaitu Passion Red Pearl. Jom layan warna baharu Honda di bawah.

Honda City dengan warna baru
Honda City dengan warna baharu

Warna Passion Red Pearl ini akan menggantikan seperti berikut:

  • Carnival Red untuk Jazz
  • Dark Ruby Red untuk City
  • Obsidian Blue Pearl untuk CR-V
Honda Jazz warna baru
Honda Jazz warna baru

Pengenalan ini dibuat berdasarkan kajian dibuat yang menunjukkan Passion Red Pearl menerima sambutan yang baik dalam pasaran apabila ia mula diperkenal pada HR-V pada Januari lepas.

Honda CR-V warna baru
Honda CR-V warna baru

Warna baharu pada Jazz, City dan CR-V kini boleh dilihat dan model-model ini. Dan boleh dipandu uji di semua 98 cawangan pengedar Honda di seluruh negara.

Jom Baca:   [Video] Ulasan jujur Honda Civic 1.5 TC-P selepas tiga tahun

Komen anda mungkin membantu