Tayar Continental dari RM184 seunit, jimat sehingga RM15,000 untuk model-model Volkswagen sempena Hari Raya

64

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan musim perayaan yang bakal tiba dengan pelbagai tawaran dan promosi untuk pemilik sedia ada dan pemilik baharu.

Perincian tawaran mengikut model adalah seperti berikut:

  • Polo: penjimatan RM4,000, bulanan dari RM741
  • Vento Comfortline: penjimatan RM8,000, bulanan dari RM801
  • Vento Highline: penjimatan RM6,000, bulanan bermula RM892
  • Golf R-Line: bulanan bermula RM1,810
  • Golf GTi: bulanan bermula RM2,572
  • Golf R: bulanan bermula RM3,176
  • Tiguan Highline: penjimatan RM2,000, bulanan daripada RM1,711
  • Passat Comfortline: penjimatan RM15,000, bulanan bermula RM1,576
  • Passat Highline: penjimatan RM4,000, bulanan daripada RM1,865
  • Beetle Sport: penjimatan RM2,000, bulanan bermula RM1,570

Kesemua model juga didatangkan dengan baucar petrol, manakala kadar faedah rendah 1.88% eksklusif untuk model Passat sahaja.

Promosi lain termasuklah:

  • Pemeriksaan percuma pendingin hawa
  • Tayar – tukar tayar baharu sebelum Raya, dapatkan tayar Continental bermula RM184 dan dapatkan khidmat pemasangan, penjajaran dan imbangan percuma
Jom Baca:   Volkswagen Arteon sah hadir ke Malaysia tahun ini, Passat diberi facelift

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar Volkswagen terdekat anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my .

Komen anda mungkin membantu