Ini mungkin sebabnya kepala Ysuku menjadi sasaran!

242

Sejak kebelakangan ini, difahamkan sudah dua kes kecurian kepala Yamaha Ysuku yang berlaku di sekitar Lembah Klang. Kejadian itu berlaku dalam tempoh kurang sebulan kebelakangan ini dan ia membuatkan ramai pemilik Y15ZR V2 tidak senang duduk meletak motosikal di tempat sunyi.

Kebanyakan kepala yang dicuri adalah motosikal baharu yang mungkin baru digunakan dalam tempoh kurang sebulan.

Kepala Ysuku ini sebenarnya sudah ada dijual di Malaysia, cuma harganya boleh diibaratkan terlalu mahal selepas ada yang menjual antara RM500 sehingga melebihi RM1,000.

Mungkin kerana harga yang terlalu mahal, kepala Ysuku menjadi sasaran untuk yang mahu menukar versi lama kepada baharu.

Dinasihatkan, jika mahu bikin motosikal menjadi lawa, lebih elok kumpul sendiri duit untuk tukar kepala V2.

Perbuatan mencuri ini, seperti kita semua tahu, adalah satu kesalahan sama ada undang-undang dunia atau akhirat.

Jom Baca:   Yamaha YZF-R25 2019 diperkenal – RM20k, pelbagai ciri baharu

Akhir sekali, perbuatan mencuri kepala Ysuku ini akan menyusahkan pemiliknya dari segi  kewangan, masa dan jiwa.

Komen anda mungkin membantu