Rupa-rupanya adik saya yang meninggal-Kholid BBP Jerantut

226

“Saya hanya tahu mangsa itu adalah adik saya selepas terlihat kad pengenalannya yang ditunjukkan oleh anggota polis bertugas di lokasi kejadian.” dalam kepiluan Kholid menceritakkan.

Kholid, 48, menerangkan,dia yang bertugas ketika itu di Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut telah mendapat panggilan kecemasan berhubung kemalangan di kilometer 14 Jalan Jerantut – Temerloh berhampiran Kampung Tebing Tinggi,Jerantut.

Kholid bersama tujuh anggota lain bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat dan membersihkan kawasan kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan.

Hatinya cukup pilu setelah disemak betul-betul,mangsa yang meninggal itu adalah adiknya.Rupa-rupanya panggilan kes kali ini membabitkan ahli keluarga sendiri,luah Kholid semasa di Hospital Jerantut.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan

Kereta Proton Exora yang dipandu oleh Nor Rarzalina telah bertembung dengan Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.Kejadian turut menyebabkan pemandu pacuan empat roda itu,Koo Khoon Liang,37 maut di tempat kejadian sementara tiga lagi parah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT)Pahang,Superintendan Kamarulzaman Jusoh,pihaknya mendapati kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk Perodua Axia dan Proton Pesona.

Siasatan awal juga mendapati Mitsubishi Triton dari arah Jerantut menuju Temerloh dipercayai gagal memotong kenderaan di hadapannya sebelum melanggar Proton Exora yang dipandu Nor Rarzalina dan kereta Perodua Axia.

Perodua Axia telah berpusing sebelum melanggar Proton Pesona yang datang dari arah belakang.Insiden tersebut menyebabkan pemandu Perodua Axia,Rohasliana Mohd Rani,25,patah tangan kiri.

Sementara dua lagi penumpang kereta tersebut Fatimah Abdullah,64 dan Khalid Mohd Rani,35 kritikal.Takziah buat Kholid anggota BBP Jerantut diatas pemergian adik tersayang. 

Komen anda mungkin membantu