7 ciri baharu tentang Subaru XV GT Edition yang anda perlu tahu

244

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif Subaru di Malaysia melancarkan model baharu menerusi Subaru XV GT Edition dengan sentuhan syarikat kejuruteraan Giken Co lTd dan Masahiko ‘Jack’ Kobayashi, bekas Ketua Pereka (Ketua Studio Rekaan Termaju Global) di Subaru Corporation.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Tan Chong International Ltd, Glenn Tan berkata, Subaru XV GT Edition direka secara eksklusif untuk pasaran Asia.

Rangkaian kuasanya masih sama dengan dijanakan enjin 2.0 liter Suntikan Terus Boxer. Ia menghamburkan kuasa maksimum sehingga 154hp pada 6,000rpm dan tork mencecah 196Nm.

Harganya pula, ia dijual pada RM130,788 atas jalan tidak termasuk insurans dan ditawarkan lima tahun tempoh jaminan. 

Apa yang membezakan dengan versi biasa adalah: 

  1. Bampar dengan tambahan lip
  2. Skirt sisi
  3. Spoiler belakang
  4. Bampar tambahan belakang
  5. Padanan rim 17 inci
  6. Kerusi kulit dengan rekaan kabin grand toure dari Jerman dan Britain
  7. Pakej sistem monitor pandangan sisi 

Komen anda mungkin membantu