Radar ADAS Proton X70 pun kena curi!

566

Sudah biasa kita dengar komponen pada motosikal dicuri, dan rim serta spoiler kereta juga hilang. Tetapi disebabkan kereta sekarang semakin canggih dan dilengkapi ciri advanced safety, maka pencuri pun semakin advanced.

Terkini, seorang pengguna Facebook melaporkan bahawa radar di bampar depan Proton X70-nya hilang dipercayai dicuri.

Dari gambar yang dikongsi di Facebook miliknya dan di dalam Group pemilik X70 di Facebook, jelas bahawa radar pengesan sistem ADAS (Advanced Driver Assistance System) itu dicabut atau direntap, dan bukannya pecah akibat melanggar objek semasa memandu.

Hasil perbualan di ruangan komen pula menjelaskan kos untuk mengganti komponen itu adalah kira-kira RM3,000.

Nampaknya selepas ini pengguna kenderaan canggih perlu lebih berhati-hati. Mujur kamera pengesan di dalam cermin depan itu pun tidak dicuri.

Adakah jalanraya Malaysia kini tidak cukup selamat dari kes kecurian? Sebelum ini, seorang penunggang Yamaha Tenere kehilangan brek depannya di negara ini dalam ekspedisi jelajah beliau.

Jemput baca artikel ini untuk tingkatkan keselamatan kenderaan anda dan mengelak jadi sasaran pencuri.

Komen anda mungkin membantu