Perodua Myvi pun boleh jadi ala AMG!

598

Rekabentuk Perodua Myvi baharu agak continental dan ini memberikannya potensi untuk dimodifikasi dengan pelbagai konsep.

Myvi oleh Carroof Motorsport ini dinaiktaraf menyerupai kereta lebih mewah. Pemilik Carroof Motorsport, Mahzan berkata, “Kalau tak mampu pakai AMG, boleh kustom ala-ala AMG.”

Tetapi bagi kami, dari kebanyakan elemen pada Myvi ini seperti lampu depan, gril depan, rim, bampar belakang dan ekzos, lebih menyerupai Golf GTi.

Boleh dilihat garisan merah gril yang masuk ke dalam lampu depan, serta ekzos berkembar yang mirip hot hatch dari Volkswagen itu. Mungkin spoiler-nya sahaja yang sedikit agresif menyerupai AMG A 45.

Apa pun, Myvi ini memang nampak kemas dan rare. Highlight utama pada Myvi ini ialah bumbung surianya (sunroof) yang dipasang khas oleh Carroof Motorsport sendiri. Unit sunroof dengan two step dan moonroof belakang ini adalah dari Mitsubishi Airtrek Turbo.

“Untuk Myvi, boleh juga dipasangkan sunroof dari Audi A6 dan Toyota Camry. Semuanya bergantung kepada kehendak pelanggan,” tambah Mahzan.

Suspensinya sebelum ini adalah sport spring CLS, tetapi telah ditukar kepada FTuned yang dikustom khas untuk Myvi ini.  

Komen anda mungkin membantu