Rakyat Malaysia Marilah Sama-Sama Kita Berdoa

218

Bulan Ramadhan bukannya berarti pemilik motosikal atau grup permotoran sepi tanpa deruman.Ada yang telah menjalankan aktiviti kebajikan sebelum menjelmanya bulan yang mulia ini.

Kolabarasi Spder Club Malaysia dan 1st Desaru International Bike Week 2019 telah memulakan aktiviti amal mereka sebelum menjelangnya Ramadhan.Negeri Melaka merupakan destinasi kerja amal.

Rombongan di Ketuai oleh Datin Sri’ Hajah Elly Zalilah Hj Md Yusof beserta rombongan yang terdiri dari pemilik motosikal Spyder dan Tim Promosi 1st Desaru International Bike Week 2019 iaitu seramai 30 orang.

Lokasi pertama rombongan tersebut ialah Kg Ayer Molek.Bantuan dan jugak ziarah ke rumah adik Ainul Mardiah 8 bulan,bayi yang diawalnya di syaki mendapat ketumbuhan serta pernah menjalani pembedahan seusia 10 hari.

Ahmad Razak..datuk kepada bayi Ainul Mardiah,menceritakan kondisi terkini cucu sulungnya..

Namun kegembiraan yang dikecapi oleh Ahmad Saifuddin dan Nurul Erwani hasil pembedahan ke atas anak sulung mereka tidak bertahan lama.Sebulan kemudian ketumbuhan keluar semula buat kali ke dua.

Kondisi terkini adik Ainul Mardiah…Doa kita semua yang didambakan

Namun pembedahan kali ke dua terpaksa dibatalkan .Ini kerana lokasi pembedahan merupakan tempat yang banyak darah dan saraf.

Bertempat di Surau Al Hidayah,Bt 7 Kg Tengah,Bukit Rambai. Pembahagian barang-barang keperluan harian telah diberikan kepada 5 keluarga miskin dan kurang upaya oleh rombongan tersebut.

Shazwan Rosman hanya mampu terbaring

Tersentap hati setiap peserta rombongan bilamana melangkah ke rumah OKU iaitu Shazwan Rosman. Beliau yang lumpuh sejak di lahirkan kini terpaksa menumpang kasih dari ayah dan abang yang menggalas tugas Ibu yang baru meninggal dunia.

Abadikan kenangan-Spyder Club Malaysia dan 1st DIBW 2019

Tiada upaya serta sudah suratan takdir,itu luahan seorang ibu yang terpaksa menjaga dan sesaat tidak pernah lekang dari kedua anaknya yang cacat.

Beginilah keadaan- Kamaruddin Jamal(berselimut) dan adiknya Mohd Rosli(berseluar pendek)

Kamaruddin Jamal 36 tahun cacat semenjak di lahirkan.Sementara adiknya Mohd Rosli 34 lumpuh ketika berusia 8 tahun akibat demam panas. Nasib ada lagi seorang anak yang tinggal bersama serta membantu tugasan harian dalam menjaga anak syurga mereka.

Pemilik motosikal di negara kita,sememangnya berhati waja dan berkasih sayang.Belum pernah lagi kita mendengar pemilik,grup atau penganjur acara permotoran yang kedekut dan sukar untuk hulurkan bantuan.

Ayuh “Bikers” kita buktikan Mat Motor adalah Masyarakat Penyayang.Doa dari “Anda” cukup membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak syurga itu dan juga keluarga mereka.

 

Komen anda mungkin membantu