Evolutionary Ape – Apabila Mitsubishi Evo bertemu jenama streetwear

180

Tak banyak kereta yang boleh memberi pendapat bercampur atau memisahkan kumpulan enthusiast lebih cepat dari Evo IX ini. Ia dibina oleh Fernando Delarosa dan Evasive Motorsports.

Di satu bahagian, anda ada wrap (balutan) warna matte, dengan tema diambil dari jenama streetwear popular Jepun, BAPE atau Bathing Ape. Terlalu Hypebeast?

Di satu bahagian lagi, kit aero Voltex adalah seolah-olah terlalu agresif dan menarik perhatian. Bagi Fernando, ia merupakan langkah seterusnya sebagai “evolusi” kereta itu (nampak apa yang kami buat di sini?)

Fernando sebelum ini pernah membina dan mengubah-suai sepenuhnya sebuah Evo X, namun jauh di sudut hatinya, menginginkan sebuah Evo IX.

Jadi Evo IX ini dibeli oleh Fernando pada 2011 dan dia berniat menyimpannya sebagai kereta harian. Tapi kita semua tahu bahawa itu tak akan terjadi. Siapa yang mampu menahan nafsu biarkan Evo mereka dalam keadaan stock?

Jom Baca:   Mitsubishi Evo VI ini cari pemilik baharu

Dengan bantuan Evasive Motorsports, Fernando mengubah Evo IX miliknya kepada Evo Time Attack dengan kit aero Voltex Cyber Street.

Tetapi Evo dengan kit Voltex ini sudah banyak juga di jalan raya. Fernando sendiri mempunyai jaket hoodie dari BAPE dan seorang kaki sneaker, dia melakukan wrap istimewa berkonsepkan BAPE untuk lebih rare.

Dia mengaku pernah membelanjakan wang yang agak tinggi untuk sepasang Adidas NMD x BAPE, tetapi tidaklah setinggi harga “kasutnya” yang lagi satu, iaitu Volk Racing TE37V Mark IIs.

Dengan gaya luaran agresif, sudah pasti Evasive Motorsports tidak akan membiarkan Fernando keluar dengan hanya kit badan, rim dan wrap. Jadi Evo ini turut mendapat turbo bolt-on, intake HKS, manifold Full Race Motorsport dan ekzos titanium Mines. Dengan beberapa lagi komponen lain, enjin 4G63 itu kini menghasilkan 410hp.

Di dalam kabin pula, terdapat sepasang tempat duduk Bride Stradia Kevlar menggantikan Recaro asal. Kemudia, ia diberikan bar guling (roll bar) four-point Autopower dan tempat duduk belakang dibuang.

Jom Baca:   Inilah sebabnya Mitsubishi henti pengeluaran kereta prestasi

Sama ada anda kaki kereta atau kaki fesyen, pasti tidak dapat menolak hakikat bahawa Evo ini cukup awesome. Dan Evo ini bukan semata-mata untuk ditayang. Fernando akan memandu Evo ini di litar tahun depan.

Komen anda mungkin membantu