Tiada lagi had gelap untuk cermin penumpang belakang – Menteri Pengangkutan

304

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tiada lagi had gelap untuk cermin sisi kiri dan kanan bahagian penumpang belakang, berkuat kuasa esok, 8 Mei 2019.

Pindaan ini adalah berbanding undang-undang terkini yang menggariskan had ketelusan cahaya bagi filem penebat haba dan lapisan cermin penumpang belakang pada tahap 30 peratus. Ia diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam sidang akhbar hari ini.

Pindaan ini juga mensyaratkan bahawa kenderaan itu mestilah mempunyai cermin pandang sisi (side mirrors).

Walaubagaimanapun, tahap ketelusan cahaya bagi cermin depan serta cermin sisi kiri dan kanan bahagian depan masih kekal pada tahap 70 peratus dan 50 peratus masing-masing.

Selain daripada itu, bagi mereka yang memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap atas faktor keselamatan dan faktor kesihatan, bayaran perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM50 untuk setiap permohonan. 

Manakala permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000 dan kelulusan tertakluk kepada tempoh selama dua tahun

Jom Baca:   JPJ lelong kereta mewah ada Audi, BMW dan Mercedes-Benz-Bidaan bermula RM700

Permohonan pengecualian atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang bayaran. 

Komen anda mungkin membantu