Cristiano Ronaldo dikatakan pemilik Bugatti La Voiture Noire yang bernilai RM60.6 juta

188

Bintang bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo dikatakan adalah pemilik Bugatti La Voiture Noire iaitu sebuah hypercar istimewa yang bernilai £11.4 juta (RM60.6 juta).

Perkara itu dilaporkan laman sesawang marca.com yang mendakwa pemain pasukan Juventus itu berkemungkinan pemilik kenderaan paling mahal di dunia terbabit.

Jika benar Ronalda adalah pemilik kenderaan itu, beliau terpaksa menunggu sehingga 2021 untuk Bugatti menyiapkan La Voiture Noire.

Ia dipanggil sebagai La Voiture Noire dan dianggap sebagai kereta paling mahal dunia oleh pengeluarnya di Perancis. Bagaimanapun, hypercar berwarna hitam berkilat ini sudah dijual.

Kereta mewah luar biasa itu dihasilkan dengan gabungan model hypercar Chiron dengan gayaan yang diambil daripada produk legenda Bugatti iaitu Type 57 AC Atlantic 1936

Binaan badan kereta itu membabitkan ukiran tangan daripada material gentian karbon dengan beberapa lubang kecil pada penutup enjin untuk memastikan haba yang terhasil boleh disalurkan keluar. Enjin ini mendiami bahagian tengah casis.

Jom Baca:   Cristiano Ronaldo nafi pula yang dia beli Bugatti La Voiture Noire yang bernilai RM60.6 juta

Unit enjin yang digunakan adalah 8 liter empat turbo W16, sama seperti model semasa Chiron.

Ia boleh menghasilkan kuasa dan tork puncak masing-masing pada 1,479bhp dan 1,600Nm. Ia bantuan kotak gear tujuh kelajuan automatik klac kembar, selain dipadankan sistem pacuan semua roda.

JANGAN LUPA LIKE, KOMEN DAN SHARE ARTIKEL INI. SAYANG KORANG!

Komen anda mungkin membantu