Bagaimana Honda keluarkan supercar – kilang Honda NS-X

96

Pernah terfikir bagaimana Honda hasilkan supercar NS-X? Segala proses pengeluaran tidak jauh berbeza dengan jenama supercar lain seperti McLaren, Porsche dan Lamborghini.

Dan semestinya proses pengeluaran supercar perlu berbeza dari pengeluaran kereta biasa. Bukan sahaja kerana harga itu sendiri, namun komponen supercar memerlukan kemahiran dan teknologi lebih tinggi kerana supercar mempunyai kuasa serta kelajuan lebih tinggi.

Takkan lah tayar dan suspensi pada kereta biasa nak pasang pada supercar, kan?

Honda mempunyai dua kilang di Amerika Syarikat iaitu di Honda Parkway, East Liberty, Ohio. Di bahagian utama, terdapat kompleks besar yang mengeluarkan 800 buah Accord setiap hari! Kilang ini mula dibuka pada 1982.

Di sebelahnya pula, terdapat kilang yang sedikit berbeza. Honda Performance Manufacturing Centre (PMC) hanya mengeluarkan 8 hingga 10 buah Honda NS-X (dipanggil Acura NS-X di AS) setiap hari.

Jom Baca:   Honda DC5 Integra Type-R sedia untuk kanjo

Saksikan video oleh Autocar ini dimana segala proses diterangkan dengan terperinci.

Antara fakta menarik adalah struktur aluminium untuk casis yang dikimpal dengan ketepatan 0.1mm. Ibarat tebal rambut manusia, hampir mustahil untuk mata kasar melihat kekurangan atau defect.

Kemudian besi tiang-A dan spaceframe aluminium digabung bersama dengan skru, namun perlukan lapisan khas untuk mengelakkan karat dan hakisan. Kemudian barulah bumbung dan lantai gentian karbon dipasang.

Saksikan keseluruhan proses di video di bawah.

Komen anda mungkin membantu