Jentera rasmi Presiden Rusia ditayang kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.

83

Bagi setiap pemimpin negara, sudah pasti mereka mempunyai kenderaan untuk dijadikan sebagai pengangkutan rasmi.

Seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin memiliki kenderaan rasmi sendiri yang mana ia adalah jentera keluaran negara berkenaan.

Jadi video ini memaparkan Putin menunjuk kenderaan rasminya kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed Al Nahyan ketika beliau melawat Moscow, Rusia baru-baru ini.

Jentera limusin itu adalah difahamkan menggunakan enjin V12 yang menyalurkan 800hp.

Difahamkan juga, Porsche yang bertanggungjawab membangunkan rangkaian kuasa itu.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dilaporkan sama ada menggunakan teknologi canggih atau ciri keselamatan terkini.

Berdasarkan laporan mengatakan bahawa jentera itu akan ditayangkan kepada umum pada hujung Ogos ini sempena Pameran Auto Moscow.

Komen anda mungkin membantu