Pengeluar automotif China hasil SUV seakan-akan Lamborghini Urus.

127
SUV daripada China

Jika tidak mampu untuk memiliki Lamborghini Urus, ini mungkin peluang anda untuk membeli kenderaan utilti sukan (SUV) seakan-akan jentera itu.

Pengeluar automotif China, Huansu bakal melancarkan model C60 dan pada masa sama dikatakan diberi nama Hyosow yang didakwa seakan-akan mirip Lamborghini Urus.

SUV daripada China

Biarpun ada sedikit perbezaan, ia masih boleh kelihatan seperti SUV berprestasi itu menerusi dapra sisi, rekaan bahagian tepi serta lampu belakang LED.

Portal carnewschina.com melaporkan ia akan dijual antara 100,000 (RM62,114) sehingga 150,000 yuan (RM93,171).

Ia juga dikatakan akan dibina dengan versi lima dan tujuh tempat duduk.

Reka bentuk SUV yang menarik

Ada juga laporan media daripada negara terbabit yang mengatakan ia akan menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged. Rangkaian kuasa itu mampu menyalurkan 195hp.

Bagi Lamborghini Urus pula, ia dijana enjin V8 turbo berkembar berkapasiti 4.0 liter yang menghamburkan 641hp dan hanya memerlukan 2.6 saat untuk memecut 0-100km/j.

Komen anda mungkin membantu