Nissan GT-R Nismo GT3 edisi 2018 jana lebih 550PS.

127
Nissan GT-R Nismo GT3

Nissan Motorsport International Co Ltd (Nismo) membuka tempahan model paling berkuasa menerusi model Nissan GT-R Nismo GT3 edisi 2018.

Ia bakal dibina sekiranya Nismo menerima tempahan daripada pelanggan yang akan diserahkan kepada pemiliknya pada Januari tahun hadapan.

Jentera itu dibina menggunakan platform Nissan GT-R (R35) Nismo dan turut mematuhi regulasi FIA GT3.

Ditala semula untuk pengendalian lebih baik

Bagi model 2018 ini dibina bagi mematuhi pelepasan yang signifikan berdasarkan kenderaan asalnya iaitu Nissan GT-R (R35) Nismo.

Malah Nismo turut menggunakan kelebihan GT-R yang sebelum ini berkeupayaan memandu dengan laju serta stabil di litar.

Model 2018 ini diubah berat supaya lebih optimum dan pusat graviti direndahkan dengan pendakap enjin diletak 150mm ke belakang serta direndahkan berbanding versi 2015.

Brek berprestasi tinggi

Suspensi belakang dan hadapan termasuk bar diperbaharui untuk meningkatkan dinamik kenderaan.

Uniknya, ia akan dibina dengan sistem penyaman udara untuk mengurangkan tekanan dan memberi keselesaan kepada pemandu ketika perlumbaan kategori endurance.

Nissan GT-R Nismo GT3 menggunakan enjin VR38DETT berkapasiti 3,799cc yang menyalurkan kuasa maksimum melebihi 550PS pada 6,500rpm.

Jana 550PS

Kuasa torknya pula menyalur melebihi 637Nm pada 5,000rpm yang disalur ke kotak gear enam kelajuan Sequential.

Bagi menguji keupayaannya, Nismo sudah melakukan ujian terhadap jentera itu di Jepun dan negara lain sejak April tahun lalu menerusi penyertaan beberapa series di bawah kerjasama Nismo dengan beberapa pasukan pada musim ini.

Menerusi kerjasama itu, jentera berkenaan sudah melepasi ujian hampir 30,000 kilometer dan sudah dipertingkatkan berhubung prestasinya.

Kokpit jentera perlumbaan

Menariknya ia mudah dipandu sama ada pengendalinya pemandu atau sebaliknya.

Harganya pula, tidak dinyatakan tetapi jika berminat anda boleh menghubung terus Nismo untuk mengetahui lanjut.

Komen anda mungkin membantu