Wanita pertama Itali menyertai perlumbaan kereta

0
 
IKLAN

Matlamat hidup Maria Antonietta Avanzo hanya dua iaitu, beliau mahu meraih kemenangan dan mengajak lebih ramai wanita untuk berani menceburi bidang lumba kereta.

Avanzo ternyata telah jatuh cinta dalam bidang ini apabila pertama kali memandu ketika di umur muda. Dilahirkan pada tahun 1889 di Itali, beliau dibawa menaiki jentera roda tiga oleh ayahnya, De Dion-Bouton.

Beliau berkahwin dengan seorang jejaka bernama Baron Eustachio Avanzo sebelum meletusnya perang besar. Suaminya itulah orang pertama yang sedar akan minat Avanzo, malah menyokongnya. Suami Avanzo membeli kereta pertama buatnya, iaitu kereta SPA dengan 35hp dan telah dinaik taraf kemudiannya pada SPA 35/50.

 
IKLAN

Perlumbaan Pertama

Pada perlumbaan pertamanya di Giro del Lazio, dengan trek lumba yang mencabar dimana kini dijadikan trek lumba basikal.

Bagaimanapun, beliau berjaya menghabiskan perlumbaannya dengan baik. Walaupun terpaksa berhenti bagi menukarkan tayar ketika perlumbaan, Avanzo tetap berjaya meraih kejuaraan dalam kategorinya dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Dalam tahun yang sama, beliau menyertai Targa Florio namun kurang bernasib baik. Beliau telah bersara seketika menceburi bidang ini.

Pada tahun 1921, Avanzo kembali ke trek perlumbaan selepas kembali yakin dengan pemanduannya yang semakin baik disamping memenuhi hasrat dan semangatnya yang sukakan perlumbaan. Ketika itu, beliau memenangi perlumbaan wanita di Brescia Motor Sport Week.

Pada Julai tahun sama, Avanzo mencuba nasib dengan menyertai perlumbaan di persisiran pantai dengan memandu kenderaan dengan enjin 12 silinder di Fano, Denmark. Malangnya, kenderaan yang dipandu terbakar dan mengakibatkan Avanzo memandu kereta itu ke laut kerana tiada pilihan lain bagi menyelamatkan nyawanya.

Baca:   Wanita catat rekod dunia bagi kayuhan basikal paling laju

Selamatkan diri

Apa yang telah berlaku, hakikatnya telah membawa tuah buat Avanzo. Menurut Richard William dalam penulisannya, Enzo Ferrari: A Life, beliau menyatakan bahawa terdengar daripada Antonio Ascari tentang Avanzo yang memasuki laut untuk menyelamatkan diri.

Apabila Avanzo pulang kerumah, beliau merasa sangat gembira apabila mendapati sebuah kereta Fiat berwarna merah. Avanzo, menyerahkan Packardnya kepada Ascari, dan Ascari membaiki kereta itu dan akhirnya boleh digunakan kembali.

Di Circuito, Garda, beliau menjadi rakan sepasukan kepada pemandu lagenda Tazio Nuvaroli. Mereka meriah tempat ke-7 dan ke-3 dengan memandu Ansaldo 4CS. Keputusan itu boleh dikatakan antara yang terbaik bagi mereka yang baru saja saling mengenali dan saling bekerjasama.

Pada tahun 1922, Avanzo hanya menyertai satu perlumbaan. Beliu mencuba nasib dengan memasuki pertandingan di Targa Florio, tetapi sekali lagi, beliau tidak berjaya menamatkan perlumbaan.

Suatu hari, berlaku sesuatu yang menejutkan di mana Avanzo tiba-tiba sahaja menghilang tanpa dapat dikesan sehingga hari ini tanpa diketahui sebabnya. Dikatakan beliau telah berpindah ke Australia bagi memulakan perniagaan perladangan, tetapi tiada siapa dapat menyatakan sebab mengapa beliau tiba-tiba berubah angin.

Ada mengatakan bahawa beliau pernah menyertai pertandingan yang agak terpencil tetapi hakikatnya beliau hanya menghadiri pameran. Bagaimanapun, beliau dipercayai menggunakan masa terluangnya dalam perkara baharu. Ia seperti belajar memandu kapal terbang dan aktiviti setempat lain.

Baca:   Wanita catat rekod dunia bagi kayuhan basikal paling laju

Menurut beberapa sumber, Avanzo pulang ke Eropah pada 1926 bagi menyertai perlumbaan Mercedes di Coppa Della Perugina. Sekali lagi, tiada siapa yang mengetahui perubahan beliau dan tidak menyatakan sebab kemunculan semulanya. Beliau hanya dilihat pada hari perlumbaan dengan semangat untuk menyertai pertandingan.

Apa sahaja peristiwa yang berlaku di Australia dilihat menyiapkan Avanzo untuk mengambil keputusan yang serius dalam bidang perlumbaan. Bermula awal tahun 1928, beliau telah memasuki pertandingan Mille Miglia sebanyak lima kali, dengan memandu pelbagai jenis kereta.

Pandu Ferrari

Kereta yang dipandu beliau termasuklah, Chrysler Tip 72, Alfa Romeo 6C 1750 SS, Bugatti T43, dan kereta yang didaftarkan untuk digunakan dalam perlumbaan terakhirnya pada 1932 adalah Scuderia Ferrari.

Malangnya, Avanzo tidak pernah meraih kemenangan sepanjang perlumbaannya, ini kerana beliau kerap kali tidak menghabiskan perlumbaannya. Yang paling memburukkan keadaan adalah apabila kenderaan dipandu beliau menghadapi masalah teknikal selepas satu, satu masalah.

Sepanjang tahun 1928 sehingga 1932, Avanzo ada memperoleh beberapa kejayaan lain. Beliau pernah memenangi tempat ketiga dalam perlawanan di Coppa Pierazzi dan pemanduan bukit, Crosseto-Scansano selain pada pelumbaan yang kurang bersejarah seperti, Mille Miglia dan Targa Florio.

Pada tahun 1932, Avanzo dilihat menerima tawaran yang menakjubkan. Beliau telah dijemput ke Indianapolis oleh Ralph de Palma. Namun, undang-undang ketika itu melarang wanita untuk menyertai sebarang perlumbaan, tapi Avanzo masih berjaya memandu Miller Special, tetapi bukan di trek perlumbaan.

Malangnya, kereta Amerika lebih berat dan lebih susah untuk dikendalikan berbanding semua kereta yang pernah dipandu beliau. Dengan hati yang hilang semangat, beliau pulang sebelum tarikh yang sepatutnya dan beliau menghadirkan diri untuk menguji kereta itu kerana tidak mahu merosakkan reputasinya.

Baca:   Wanita catat rekod dunia bagi kayuhan basikal paling laju

Kejadian itu menjadi punca penyebab kemerosotan prestasi dalam kerjayanya. Tahun berikutnya, Avanzo tidak lagi menerima undangan perlumbnaa sebanyak tahun sebelumnya.

Beliau hanya menyertai pertandingan di Targa pada 1938, dan di Tobruk-Tripoli pada 1939. Avanzo dijadualkan bakal menyertai perlumbaan Mille Miglia pada 1940, namun atas sebab tertentu, beliau tidak menyertainya.

Pada tahun itu, Avanzo mengambil keputusan untuk lepas tangan. Keadaan pada masa itu menyukarkan lagi pelumba wanita untuk terus menyertai pertandingan dan setiap perlumbaan yang diadakan lebih mencabar berbanding ketika beliau masih muda.

Pun begitu, sejarah kerjaya beliau masih cemerlang walaupun bermacam perkara yang berlaku.

Pelumba wanita pertama Itali

Avanzo merupakan pelumba wanita pertama daripada Itali yang menyertai banyak perlumbaan dengan pelbagai trek yang berbeza dan diminati ramai.

Beliau dipilih sebagai ikon wanita oleh kebanyakan wanita muda di Itali. Avanzo menyatakan harapannya secara terbuka untuk melihat lebih ramai wanita yang berani memasuki trek perlumbaan dan memandu di atas jalan raya. Di dalam buku Italian Fascism and the Female Body: Sport, Submassive Women and Strong Mothers oleh Gigliola Gori ada menulis petikan ayat daripada Avanzo pada tahun 1928:

Avanzo akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 1977 dan punca kematiannya tidak diketahui. Namun, kematiannya tidak mematikan sejarah hidupnya.

Apa kata anda?

avatar