Satu-satunya BMW 1600 GT yang dapat diselamatkan

0
 
IKLAN

Pada 1966, BMW mengupah pereka rumah untuk mengubahkan sebuah kereta dengan menggunakan kerangka berasaskan model GT sports yang dikeluarkan oleh Glas.

Glas adalah pembuat siri minicar Gogomobile yang dikenali ramai ketika itu dan hasilnya, dua prototaip 1600 GT Convertible dibina.

Kereta itu memiliki rupa bentuk dengan beberapa rekaan seperti kereta BMW lain. Antaranya, jeriji hadapan dan lampu hadapan yang berbentuk bulat seperti BMW 1602.

Menariknya, mereka menggunakan enjin yang menyalurkan kuasa 105hp dan menggunakan gandar belakang daripada BMW 1600 TI.

Mereka merancang untuk menjual kereta itu di Amerika Syarikat yang mana cadangan itu dibuat oleh Max Hoffmann, yang menginspirasikan BMW untuk membina 507.

BMW 1600 GT Convertible dilihat mampu menggantikan 507 yang menghadapi kegagalan memasuki pasaran kerana harga ditawarkan lebih tinggi. Sedihnya, hanya dua buah prototaip yang dibina.

Baca:   9 kunci kereta dengan rekaan unik

Hari ini, hanya tinggal satu daripada prototaip yang tinggal. Ini kerana prototaip pertama sudah hancur ketika ujian sebaik kereta itu siap dibina.

Kereta kedua pula diberi hadiah kepada Herbert Quandt selaku pemegang saham terbesar BMW sehingga hari ini.

Keluarga itu menyimpannya untuk satu tempoh yang lama sebelum diserahkan kepada seorang individu dan akhirnya BMW memilikinya kembali baru-baru ini.

Kereta itu berjaya dibaik pulih seperti 50 tahun lalu seperti baru keluar dari kilang. Kerja baik pulih berkenaan dijalankan dalam bentuk satu projek latihan.

Ia bukannya suatu tugas yang mudah dalam menjalankan projek membaik pulih kerana banyak alat gantiannya sangat sukar diperoleh. Ini kerana kenderaan itu tidak sempat dikeluarkan, selain dua prototaip berkenaan.

Banyak komponennya terpaksa dibuat semula demi menjayakan projek berkenaan. Ternyata kereta klasik itu diberi nafas baharu dan menjadi satu daripada koleksi yang bersejarah buat BMW.

Apa kata anda?

avatar