Bilik pameran Subaru yang ditinggalkan memiliki kenderaan cukup ‘rare’

178

Bertempat di sebuah kepulauan kecil di Eropah, bilik pameran Subaru adalah satu-satunya yang dibuka di Mosta, Malta sehingga lewat tahun 90-an.

Seperti yang boleh lihat pada gambar yang disediakan, reka bentuk bangunan bilik pameran itu masih mempunyai ciri-ciri ketika zaman 70-an dan kelihatan terbiar.

Boleh dilihat, kereta-kereta lama seperti Subaru Sambar, GC Impreza, Justy dan XT masih berada di bilik pameran itu. Tidak mustahil, masih ada beberapa buah kenderaan lain yang disimpan di bilik stor.

Apa yang boleh lihat, ia mempunyai Subaru XT dengan dua pintu yang berusia lebih 30 tahun yang masih berada bilik pameran berkenaan. Boleh dikatakan, ia masih bertag kereta baharu dan belum terjual.

Ia dibuktikan dengan video ini yang baru sahaja dirakam oleh carsaddiction.com.

Kereta yang boleh dikatakan agak ‘rare’ itu mempunyai tempat pemandu sebelah kanan seperti negara kita. Dipercayai ia adalah model Subaru XT Turbo pacuan roda roda dengan enjin 1.8 liter.

Pada zaman keluaran kereta berkenaan, ia adalah kereta idaman ramai yang sukar dimiliki kebanyakan orang. Hadir reka bentuk yang futuristik (ketika itu), ia juga memiliki gadget digital, dengan ciri kluster pada keseluruhannya.

 

Komen anda mungkin membantu