Padu betul! – Volkswagen T5 Multivan guna enjin Porsche 911 Turbo

48

Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai, semestinya anda akan menghadapi masalah dalam menyediakan pengangkutan yang selesa buat keluarga.

Kini, anda tidak perlu risau dan boleh bercuti dan bersiar-siar dengan hati yang tenang dengan keluaran minivan baharu ini. 

Didatangkan daripada Jerman dan dibina oleh sebuah syarikat talaan, TH Automobile yang berpusat di Berlin. Digelar TH2.997 ini, yang dibina berasaskan Volkswagen T5 Multivan.

Namanya itu diberi kerana menggunakan rangkaian kuasa daripada Porsche 911 Turbo, yang menggunakan enjin turbo 3.6 liter, 6 penumpang pada minivan ini.

Minivan yang selesa dan mempunyai ruang yang luas ini kini berada dalam pasaran. Sebelum kita mengetahui harga pasaran untuk minivan ini, mari kita intai teknologi yang digunapakai ke atasnya.

Minivan ini mampu mencapai 580hp hasil penggunaan Porsche 911 GT2 turbo dan boleh ditingkatkan dan ditambah baik sehingga mencapai kuasa maksimum sehingga 800hp.

Dengan 6-kelajuan dengan kotak gear manual, kuasanya dialihkan dari enjin terus ke tayar belakang kenderaan. TH Automobile menyatakan bahawa mereka boleh membina kenderaan yang mengalirkan kuasa pemacuan keempat-empat tayarnya, tapi untuk model akan datang.

Reka bentuk dalamannya agak menarik kerana ciri asal daripada van ditambah dengan ciri kereta 911 pada papan pemuka termasuk roda stereng, tempat duduk hadapan.

Beberapa butang pada konsol tengah dan alat kluster yang dilihat sangat berpadanan dengan reka bentuk keseluruhannya. Banyak kerja yang dilakukan untuk menyempurnakannya.

Akhir sekali, harga yang dipasarkan adalah ₤139,800 kerana kos keseluruhan lebih kurang ₤250,000. Banyak betul jimatnya! 

Komen anda mungkin membantu