Ford Fiesta R2 guna enjin 1.0 liter, tetapi prestasinya mungkin membuatkan anda terkejut

0
 
IKLAN

Ford dan M-Sport memperkenalkan Fiesta R2 iaitu kereta rali pertama yang dibina mematuhi standard R2 oleh FIA.

Paling menariknya, ia adalah kereta pertama yang direka sepenuhnya di fasiliti M-Sport di Krakow, Poland.

Fiesta R2 itu menerima beberapa perubahan yang mampu meningkatkan kelajuan dan ketahanan bagi meningkatkan kualiti persaingan dalam setiap pertandingan.

Bagaimanapun, kereta itu masih mempunyai beberapa persamaan dengan model terdahulu, Fiesta WRC yang menjadi sumber inspirasinya.

Pembaharuan dalam enjin, transmisi dan suspensi dilakukan dalam meningkatkan prestasinya. Enjin tiga silinder 1.0 liter EcoBoost yang digunakan kini mampu mencecah kuasa maksimum sehingga sehingga 197hp pada 6,500 rpm.

Pada masa sama, Fiesta R2 itu turut menerima sentuhan baharu termasuklah penggunaan suspensi baharu iaitu penyerap hentak Reiger boleh laras di hadapan dan belakang. 

Spring Eibach pada kereta itu boleh diubah sama ada keras atau lembut dengan anti-roll sebagai pilihan mampu membantu meningkatkan keyakinan dalam pemanduan.

Baca:   Gear manual masih popular untuk kereta, ini senarainya

Kuasa hentiannya diperkuatkan dengan kaliper Alcon dengan bantuan cakera AP Racing di hadapan, manakala Alcon di belakang.

Perlumbaan FIA Junior WRC yang bakal diadakan pada tahun hadapan bakal menjadi saksi kehebatan Fiesta R2 yang baharu. Nantikan kemunculannya.

Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

Apa kata anda?

avatar