Panggil Semula – Ducati Panigale V4

19

Ducati Panigale V4 memiliki reka bentuk hebat. Namun, kali ini menjadikan ianya telah dipanggil semula buat kelima pada tahun pertama pengeluarannya.

Panggilan semula kali ini disebabkan oleh ketegangan rantai cam Panigale V4, yang mungkin longgar dari masa ke masa, dan mungkin menyebabkan minyak menjadi bocor dari bawah regangan pelarasan bolt.

Jelas sekali, kebocoran minyak boleh mengakibatkan kehilangan daya tarikan untuk motosikal, dan boleh menyebabkan motosikal jatuh, itu penyebab model tersebut dipanggil balik.

Model asas Panigale V4, serta  Panigale V4 S dan Panigale V4 Speciale dari model tahun 2018 dan 2019 terlibat dalam kempen panggilan semula ini, ianya melibatkan 1,502 unit di Amerika Syarikat.

Kebocoran dari ketegangan rantai cam dapat dilihat sebagai kebocoran minyak kecil yang berasal dari pelarasan bolt. Sekiranya tiada kebocoran , pemilik disarankan tunggang motosikal mereka kepada wakil penjual Ducati yang sah dengan kelajuan yang minima atau biasa untuk pemeriksaan lanjut berkenaan isu tersebut.

Jom Baca:   Yamaha Y15ZR: Waisuku ini berjiwa superbike!

Untuk memperbaiki keadaan, Ducati Amerika Utara akan mengumumkan pemilik yang terjejas, dan wakil pengedar Ducati akan mengetatkan regangan rantai bolt, secara percuma dan dijangka bermula 25 Januari 2019.

Persoalannya, adakah Ducati Panigale V4 di Malaysia terlibat dengan kempen panggilan semula? 

Komen anda mungkin membantu