Kenderaan yang banyak digunakan di seluruh dunia sudah pasti menggunakan bahan api petrol atau diesel untuk menggerakkan jentera berkenaan.

Namun, ada juga kenderaan mesra alam sekitar yang tidak menggunakan bahan api sebaliknya dijana dengan kuasa elektrik.

Seperti jentera jenama Tesla. Biarpun ia kelihatan seperti kenderaan sedan biasa, ia sebenarnya dijana tenaga elektrik sepenuhnya.

Bagaimanapun, ada juga individu di luar sana yang tidak mahir berhubung kenderaan. Mungkin mereka menyangka Tesla S menggunakan bahan api seperti kenderaan konvensional.

Video yang dipaparkan ini, mungkin sedikit terhibur apabila seorang individu kelihatan cuba mengisi minyak terhadap jentera Tesla S.

Malah, durasi video 3.25 minit ini mungkin membuatkan anda ketawa. Namun, itu bukan salahnya kerana dia mungkin tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan berhubung jentera Tesla.

Dipenghujung video ini, kehadiran seorang lelaki dilihat cuba memaklumkan kepadanya bahawa jentera Tesla S tidak perlu mengisi minyak.

Baca:   9 kunci kereta dengan rekaan unik

Baca juga artikel lain:

>> 9 kunci kereta dengan rekaan unik

Apa yang boleh disimpulkan, anda sebagai pemandu seharusnya tahu secara asas kenderaan yang dipandu. 

Seperti juga memandu kenderaan diesel, jangan anda pula mengisi bahan api petrol.

Ia semestinya memberi kesan buruk kepada enjin dan memerlukan belanja yang tinggi untuk membaikinya.

Baca juga artikel lain:

>> Kereta E-Legend Coupe berkuasa elektrik dari Peugeot

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

Apa kata anda?

avatar