Kawasaki Series Z 900 Di panggil semula

0
 
IKLAN

Susulan isu hos brek belakang dan wayar sensor putaran roda belakang yang mungkin diarahkan secara salah sekali gus menyebabkan ia bersentuhan dengan tayar belakang. Sebanyak 1,173 unit model Z900, Z900 ABS dan Z900 RS yang terlibat.

Kawasaki Z 900 RS

Itu antara penyebabnya model-model tersebut di panggil semula oleh kawasaki. Masalah ini mula di kesan oleh Kawasaki Eropah. Ianya berpunca dari hos brek dan kepingan pendawaian pada roda belakang.

Kawasaki Z 900

Kawasaki Motor Corp USA akan memaklumkan kepada pemilik yang terjejas dan pemeriksaan akan dilakukan pada bahagian laluan brek dan pergerakan wayar sensor roda belakang. Anda pula jangan perlu risau kerana semua kos itu ditanggung sepenuhnya.

 
IKLAN

Ianya dilakukan selepas isu tersebut difailkan dengan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA).

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

Baca:   Kawasaki Ninja H2R memenangi perlumbaan dengan jet pejuang F-16 dan jentera F1

Apa kata anda?

avatar